Wednesday 5 November 2014

Genap 10 tahun aku bergelar ummi

Tepat jam 4.25am pada 12 january 2004 aku sah bergelar ummi pada seorang bayi perempuan seberat 3 kg. Sungguh aku amat gembira dengan kehadiran permata pertamaku Nurul Izzah Binti Fadilah. Aku dan suami memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga atas anugerah tersebut. Selang setahun aku disahkan hamil cahayamata yang ke 2 lahir pada 3 november 2005 Nurul Izzanie Binti Fadilah yang makin memeriahkan suasana kami sekeluarga. Cukup dengan kehadiran 2 puteri yang comel dalam keluargaku selepas 2 tahun pada 9 september 2007 aku dan suami diberikan rezeki seorang bayi lelaki yang diberikan nama Ahmad Izzriq Bin Fadilah. Tak siapa menyangka selepas hampir 7 tahun berlalu aku dan suami diamanahkan sekali lagi olehNYA seorang bayi perempuan yang sangat bermakna melengkapi lagi keluarga kami. Pada tarikh 30 julai 2013 lahirlah Nur Qasseh Izzdzara Binti Fadilah. Andai masih ada lagi rezeki anak buat aku dan suami kami redha dan syukur kerana bukan semua orang beroleh rezeki ini yakin ALLAH pasti sudah merancang kisah hidup kami sekeluarga dengan penuh rasa cintaNYA. Moga kami sekeluarga makin erat makin sayang semuanya kerana ALLAH. In sha Allah Aamiin Allahumma Aamiin... ♡♡♡

No comments:

Post a Comment